Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT, dengan lahirnya blog ini setelah sekian lama merancang.
Tujuan saya membuat blog ini adalah sebagai catatan peribadi, pengalaman serta lintasan minda yang menjadi kenangan sepanjang hayat untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.
Saya masih baru belajar merangkak dalam dunia blog. Jadi kalau ada kesilapan dan kekurangan, ampun maaf dipinta. Sekiranya ada cadangan atau bantuan untuk memperbaiki blog ini, saya amat berbesar hati untuk menerimanya.
Segala letusan minda serta tulisan adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana pihak. Saya amat mengalu-alukan cadangan serta teguran sekiranya perlu.
Segala kandungan blog ini adalah hakmilik peribadi (melainkan dinyatakan). Pembaca blog adalah digalakkan untuk berkongsi catatan didalam blog ini dengan memberikan kredit yang sepatutnya (link) kepada blog ini.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - An Nisa 1Sekian,
Wassalam.


0 comments:
Post a Comment