Popular Posts

Diari Perjalanan Haji 2

on Wednesday, October 13, 2010

Assalamualaikum WBT,

Saya beruntung mendapat tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Sepanjang perjalanan saya mengambil gambar mukabumi dan tempat-tempat yang menarik. Perjalananan yang agak lama berpakaian ihram memang kurang selesa.

Ini adalah antara gambar-gambar yang saya ambil :-





Tips :-  
1. Pastikan anda membawa kamera bersama anda setiap waktu kerana berpeluang mengambil gambar pada bila-bila masa.
2. Lebih baik bawa kamera yang kecil (boleh masuk poket) sebab senang nak bawak masuk ke dalam Masjidil Haram nanti.
3. Ketika menaiki kapal terbang, cuba masuk awal-awal kerana berpeluang untuk mendapat seat tepi tingkap depan pintu kecemasan. Sekurang-kurangnya ada ruang untuk melunjur kaki memandangkan perjalanan agak lama.  

Diari Perjalanan Haji 1

Assalamualaikum WBT,

Insya Allah, di dalam entry seterusnya saya akan berkongsi pengalaman menunaikan ibadah Haji pada tahun 2006. Semoga anda akan mendapat manafaat daripada tips-tips yang diberikan. Semoga perjalanan Haji/Umrah tuan/puan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Alhamdulilah, saya terpilih untuk menunaikan ibadah Haji bersama ibu saya pada tahun 2006. Setelah tiba di kompleks Tabung Haji pada 18/12/2006, kami diberikan taklimat serta bekalan sumbangan daripada pelbagai agensi. Sewaktu berjalan menuju ke bas, kami terharu sebab setiap orang yang kita jumpa (para petugas) mendoakan semoga kami beroleh haji yang mabrur.

Kami bertolak menaiki bas dari Kompleks Tabung Haji pada jam 2 pagi. Perjalan kami ke lapangan terbang diiringi oleh polis escort. Pada waktu itu terasa bagaikan VIP yang diringi oleh polis. Bas membawa kami terus ke landasan tanpa melalui check in counter seperti biasa.

Setelah menaiki pesawat, bermacam-macam fikiran bermain didalam kepala. Ada rasa takut dan bimbang sebab memikirkan rasa belum cukup bersedia lagi. Ada rasa sedih sedih serta sayu sebab meninggalkan tunang tercinta seperti tidak akan kembali lagi. Tetapi rasa teruja untuk memijak bumi Mekah dan melihat sendiri Masjidil Haram mengatasi segalanya.



Sebelum berlepas




Tips :
1. Pastikan anda membuat persediaan yang cukup sebelum bertolak

2. Latihan berjalan amat perlu kerana semua disana nanti akan banyak berjalan kaki untuk mengerjakan haji dan umrah seperti tawaf, saie, melontar, berjalan ke masjid etc.

3. Pastikan kain ihram dicuci berulang kali sebelum memakainya kerana kain ihram (terutamanya yang baru) akan mengeluarkan bulu-bulu halus yang akan menggangu diri kita dan juga jemaah lain terutamanya yang mempunyai hidung yang sensitif seperti saya.

4. Sediakan ubat-ubat yang perlu seperti ubat selsema, chi kit teck aun, panadol dan sebagainya. Di sana nanti ada klinik Tabung Haji tetapi biasanya ramai orang, jadi tak berbaloi tunggu satu jam semata-mata untuk mengambil ubat selsema.

5. Pastikan anda menyediakan tutup muka (facial mask) yang mencukupi kerana anda akan terdedah dengan virus dari negara-negara lain.

Entry Sulung

on Monday, October 11, 2010

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT, dengan lahirnya blog ini setelah sekian lama merancang.

Tujuan saya membuat blog ini adalah sebagai catatan peribadi, pengalaman serta lintasan minda yang menjadi kenangan sepanjang hayat untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Saya masih baru belajar merangkak dalam dunia blog. Jadi kalau ada kesilapan dan kekurangan, ampun maaf dipinta. Sekiranya ada cadangan atau bantuan untuk memperbaiki blog ini, saya amat berbesar hati untuk menerimanya.

Segala letusan minda serta tulisan adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana pihak. Saya amat mengalu-alukan cadangan serta teguran sekiranya perlu.

Segala kandungan blog ini adalah hakmilik peribadi (melainkan dinyatakan). Pembaca blog adalah digalakkan untuk berkongsi catatan didalam blog ini dengan memberikan kredit yang sepatutnya (link) kepada blog ini.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - An Nisa 1
Sekian,

Wassalam.


Google Analytics Alternative